Latar Belakang

lt

LATAR  BELAKANG  SEKOLAH   

Sekolah Menengah Arab Darul Falah ditubuhkan pada tahun 1937 yang diasaskan oleh Tn Haji Hassan bin Abu Bakar di Kampung Kuala Sungai Baru , Melaka. Nama asalnya adalah Madrasah Al Falah sempena nama tempat beliau menuntut di Mekah dahulu. Objektif penubuhannya adalah untuk menyebarkan  ilmu pendidikan kepada generasi Islam. Pada peringkat awal, bilangan pelajarnya adalah terhad. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada penduduk tempatan, Jambi, Lingga Indonesia dan sebagainya. Madrasah ini terpaksa ditutup semasa Perang Dunia  Kedua  1941 – 1945.  Pada tanggal 8 Rabiul Awal 1976 masihi, Tuan Haji Hassan meninggal dunia. Usahanya disambung oleh anaknya iaitu Ustaz Haji Abdul Rahman pada awal Muharram 1983 melalui gotong royong penduduk tempatan dan dibantu oleh abang iparnya Tuan Haji Mokhtar bin Jani. Sistem pengajian dimulai dengan peringkat ibtia’i (rendah) yang merangkumi aspek akademik dan agama.

Pada 9 April 1993,  satu perjanjian MoU antara Madrasah Al Falah dengan Kerajaan Negeri Melaka yang diwakili oleh Jabatan Agama Islam Melaka ditandatangani untuk pengambilalihan pentadbiran Madrasah tersebut secara berperingkat-peringkat. Projek pembangunan semula Madrasah Al Falah telah dilakukan bermula pada 1994 dengan pengambilan tanah seluas 20 ekar. Pembinaan bangunan sekolah (1998)  dan bangunan asrama baru (2002) oleh Kerajaan Negeri Melaka telah memberi nafas baru bagi  Madrasah Al Falah dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Arab (JAIM ) Darul Falah.

Pada akhir tahun 2005, satu perjanjian MoU antara Kerajaan Negeri Melaka dengan Kementerian Pelajaran Malaysia ditandatangani. Kerajaan Negeri dan Kementerian Persekutuan bersetuju bahawa bagi menjadikan 7 buah Sekolah Menengah Arab JAIM dan 7 buah Sekolah Rendah Arab JAIM.  Sekolah Agama ini disebut sebagai ”Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)” yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.  Walau bagaimanapun semua tapak dan bangunan sekolah kekal di bawah hak milik Kerajaan Negeri  serta Kurikulum Diniah masih ditadbir urus di bawah Kerajaan Negeri.  Semua SABK akan menerima sumbangan bantuan daripada Kementerian Pelajaran di bawah Akta         Pendidikan 1996. Bentuk-bentuk sumbangan yang boleh diterima adalah seperti yang ditentukan oleh Menteri Pelajaran selaras dengan peruntukan undang-undang.

 

 

Powered by:

Universiti Teknikal Malaysia Melaka Fakulti Teknologi Makumat dan Komunikasi